Corat Coret Raya (Ganu)

Hari raya ke-3 bertolak balik ke ganu. Kami gerak dalam kul 8.30 pagi. Pelan asal nak tolak selepas subuh, tapi biasala.. pelan tinggal pelan la..
Dari Kedah ke Gurun, Dari Gurun ke Jeniang, pahtu tersalah jalan menyebabkan aku lewat setengah jam sampai ke Baling. Dah lama tak lalu jalan tu apatah lagi jalan tu dah diperbesarkan dan ade laluan baru. tu yang jadik kompius tu. (apsal aku guna ayat kompius neh.)

Dari Baling ke Pengkalan Hulu kemudian melalui Grik dan terus ke Lebuhraya Timur Barat. Bagi yang belum pernah menggunakan lebuhraya ini, jalannya sungguh berliku dan berbukit bukau. Laluannya di lereng² bukit. tak silap aku lebuhraya itu merentasi banjaran titiwangsa. kiri kanan hutan yg tebal serta gaung. ade sign “Awas Gajah Liar Melintas” di sesetengah tempat. huhu.. kata orang biasanya waktu malam gajah akan melintasi highway tersebut. highway tu sebenarnya yang merentasi laluan gajah tu. kata orang lagik, kalu terserempak sekumpulan gajah sedang melintas, biarkan mereka & keluarga mereka melintas. jangan horn hon atau buat bising. biarkan aje. mereka takkan kacau kita & keluarga kita jika kita tak kacau mereka & keluarga mereka. kata orang la. Syukur.. setakat nie aku lum pernah terserempak lagik. cuma sekali jer pernah terserempak, masa tu tengok pertunjukkan gajah kat A’Famosa resort. kira terserempak la kan.thee hehe..sengihnampakgigi

Kembali kepada perjalanan aku tadi, masuk area Jeli jer, jalan dah mula sesak. jam sana sini. adusss.. neh pukul baper nak sampai neh.

nie jam kat atas jambatan sultan mahmud. masa nie dah hampir kul 8.00 mlm. aduss.. dah hampir 12 jam kitaorang dalam kete neh. seb baik Qariena tak meragam. dia tidu ajer.

Akhirnya sampai jugak umah hampir 8.30 mlm. akhirnya…

Kat Ganu, aktiviti diteruskan dengan beraya ke rumah kakak² dan abang aku pada raya ke-4. Raya ke-5, kitaorang beraya kat Pasar Kedai Payang. biasala tu.. shopping sebarang dua.hehe.. ade je bende nak dibelinye.

Batrisyia mintak aku ambik gambarnye. excited sungguh! hehe . nie bahagian atas pasar kedai payang. kat bahagian atas, ade kedai jual baju² batik, baju sevenir, kain batik, kain samping, baju kelawar (baju batman kut?) dan cenderamata,cenderahati serta cenderajantung. medan selera pun ade kat bahagian atas.

Sebenarnya Pasar yang baru sudah dibuat tak jauh dari Pasar Kedai Payang neh. Tapi blum dibukak sepenuhnya lagik. Aku tak pasti lak biler. Cendawanintim bleh jawab kut biler nak beroperasi sepenuhnya pasar baru tu.huhu..

kat bahagian bawah lak, ade jual rempah ratus, pelbagai makanan serta ayam,ikan mentah (pasar basah la nie). Ade satu gerai tu, Batrisyia ingat bende alah tu bunga api. “Abah! Abah! nie bunga api hah? ” sambil menuding jari ke arah sagun. hehe.. bende tu adalah sagun. tapi cara packaging je menarik dan ade rambu ramba warna warni. tu yg nampak cam bunga api tu. korang tau kan sagun tu ape kan?kan? tak tau sila tanya pakcik google.haha..

Aku belikan Batrisyia sagun supaya dia tau ape itu sagun. memang sebelum nie dia tak pernah makan. suka betul dia.

sampai rumah aku tunjuk dia cara makan sagun tu. lepas dia rasa, terus dia suka. dia baru tau sagun tu bleh makan.hehe..

selain pada tu ada beberapa aktiviti beraya kat tempat lain dan juga pi kenduri kawin kawan wife aku. so, itulah raya aku & famili kat ganu. oh! kali nie tak berkesempatan ke pantai batu buruk seperti kebiasaannya. masa terlalu singkat.

-

Dilihat sebanyak : 271

Corat Coret Raya (Kedah)

Malas betul aku nak citer pasal raya. Pendekkan citer kami beraya dengan meriah dan ceria. Yang paling ceria tentulah Batrisyia. Dapat balik kampung jupe cousin² dia. Main tak hingat dunia.hehe…

Aku malas nak cerita ceriti. aku tau korang pun malas nak baca. so, aku taruk beberapa gambar je la.

main bungga api pada malam raya. batrisyia sorang jer yang excited main bunga api. berbudak lain tengok jer. takut katanya. tapi bunga api skrang dah tak best la. bunganye kuar kejap je pahtu abis. tak best btui. aku ader buat ejaan selamat hari raya guna percikan bunga api tu. tapi takde orang ambik gambar lak.

bersalam-salaman di pagi raya. masa nie tetamu yg datang beraya tak ramai lagik. so sempatlah kitaorang bermaaf-maafan dan bergambar. isk..isk..anak sape la tu.. sopannye.ihikhik abah batrisyia pun hensem di pagi raya.hehe . Kesian Qariena.. baju raya tak matching ngan kitaorang.hehe..

Hari raya ke-2 ade buat bbq skit . bakar sate, ikan & pari. Idea BIL aku, memula dia ade, lepas tu dia lesap. biler seme dah hampir settle, dia ade semula. hampeh tul. hehe.. korang tengokla, sape yg buat seme tu. sape lagik kalu tak mamat hensem bertopi fishing hat. padahal aku hanya berlakon depan kamera je.hehe..

itu la serba sedikit cerita raya aku di Kedah tawun nie.

-

Dilihat sebanyak : 229

Gunting Rambut Batrisyia

Hari Ke-2 kat kampung, Aku, wife & Batrisyia serta MIL, Andy & Mat Tiu pergi rumah mak tam wife aku (tok tam batrisyia). Misi utama adalah untuk gunting rambut Batrisyia. Mak Tam- in-law aku nie terrer gunting rambut. rambut lelaki ke rambut pompuan ke, dia bleh gunting. Dan Batrisyia lak tak takut gunting rambut ngan Tok Tam dia. Kalu pi salun, jangan harap bleh gunting rambut Batrisyia. Secara tak langsung, selamat duit aku.hehe..

Masa dalam kete ondeway nak pi umah Mak Tam, Andy ade tanya “Where we want to go? ” . Wife aku cakap “We go to rumah Mak Tam ….. ” dan Batrisyia mencelah ” .. to gunting rambut! ” hehe.. seme gelak kecuali Andy dan Mat Tiu sebab diorang tak paham. hehe..

Sampai umah MakTam, tanpa berlengah mintak Mak Tam gunting rambut Batrisyia. Masa gunting rambut tu, aku snap snap lah gambar buat rujukan nanti. Dalam masa yang sama, bleh aku belajar skill gunting rambut dari Mak Tam. Last time aku gunting rambut Batrisyia, memang hancus! hehe… . Dan selepas tengok hikmat dan skill Mak Tam-in-law gunting rambut, aku rasa aku dah dapat dah tekniknye. Aku rasa la. try blum lagik.hehe.. sengihnampakgigi err..ade sape² berani nak jadik volunteer bahan ujikaji aku?. free of charge! hehe

gambar nie aku akan guna sebagai rujukan bila aku nak gunting rambut Batrisyia nanti. sengihnampakgigi

selepas gunting rambut dan mandi. amacam! stylo tak? err..apsal gambar close-up hasil perguntingan tu takde ek. isk…isk.. lupa snap lah plak.sengihnampakgigi

Batrisyia bergambar kenangan bersama Tok Tam selepas selesai aktiviti perguntingan. hehe..

Ini citer 2 hari yang lepas lak. Aku , wife & Batrisyia serta famili Brother-in-law (BIL) kuar entertain famili Sister In Law (SIL) aku. Cuba teka kat mana kitaorang pergi? The Curve! haha.. tak. Kitaorang pergi KLCC jer. kalu aku pergi The Curve pun, aku akan bagitau aku pergi tempat lain. nanti korang muak lak. asyik citer The Curve je kan.hehe Kitaorang just jalan² , dinner dan windows shopping jer.

Dinner kat Little Penang, KLCC. Baju belang hijau tu hasben SIL. (Andy & Mat Tiu punyer bapak)

kat Taman KLCC, (tempat dimana debik menyerahkan cek kpd mangsa banjir (ad3ck) sengihnampakgigi)

Gambar Exclusif. belum kuar kat mana² majalah hiburan tanah air mahupun luar negara. Batrisyia bersama boyfriendnye, Haikal Hakimi. hehe… (isk..isk..anak sape yg gatai tu…ihikhik)

::Jejalan Atas Talian::
Dah semak saman anda?

-

Dilihat sebanyak : 480