Apabila Blogger Serbu Rumah Aku

Setelah bulan Syawal berlalu, baru aku terhegeh-hegeh nak update blog pasal raya. Tak kisahlah janji update kan. :D

Sekadar makluman, hari sabtu lepas (24hb Sep 2011), sekumpulan blogger yang mengelarkan diri mereka Geng Memuah (geng ini tidak termasuk dalam senarai geng yang diburu polis yer) telah datang beraya ke rumah aku di Damansara Damai.

Sebenarnya Geng Memuah terdiri dari ramai blogger termasuk pasangan mereka, tetapi yang dapat hadir beraya ke rumah aku hanyalah Masy, Jard, Syah Husna + suami, Kapten Atok dan Aima + suami. Ahli geng yang lain tak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu.

Cerita panjang tak guna (padahal aku malas nak cerita), kita layan gambar-gambar di bawah.

Continue reading

Dilihat sebanyak : 856

Slmt Hr Ry Mf Zhr Btn

ekad raya 2011

Sedar tak sedar kita dah berada di penghujung Ramadhan. Syawal semakin tiba. Dan seperti biasa semua orang akan balik ke kampung (yang ada kampung la) untuk menyambut raya bersama keluarga di kampung termasuklah aku sefamili.

Tertiap tahun memang kami akan balik dua-dua negeri (aku ganu,wife aku Kedah), cuma kampung mana patut balik dulu adalah mengikut giliran. Tahun ni giliran raya pertama di kampung aku (Ganu). Raya kedua baru bertolak balik ke Kedah. Nasib badan.

Selepas solat jumaat, jika tiada aral melintang kami akan bertolak balik ke Ganu. Doakan perjalanan kami selamat sampai ke kampung.

Di kesempatan ini, aku ingin memohon ampun dan maaf zahir tenaga batin dari kamu semua (pembaca blog ini) sekiranya sepanjang catatan aku di blog ini atau komen-komen di blog kamu semua, ada yang menyinggung perasaan kamu semua. Harapnya takdelah kut.. hehe :D

Kosong kosong yaa… :p

Kepada semua yang memandu balik ke kampung, berhati-hati memandu dan stay focus. Jangan ikut emosi sekalipun anda berjaya dipotong oleh sebuah basikal. Tiada apa yang lebih penting selain dari memastikan anda & muatan selamat sampai ke kampung.

Sebelum tu, layan filem pendek berjudul Almari dari CST Production. Sungguh meruntun kalbu.

Akhir kata, Selamat hari raya dan maaf zahir batin. :D

p/s : Aku mungkin malas update blog ketika tempoh perayaan, biasalah mood raya katakan. Jika korang rindu atau minat nak tahu perkembangan terkini aku sefamili, bolehlah “add friend” aku di facebook penyubiru. :p

 

Dilihat sebanyak : 893