Sukar Bangun Pagi? Jam Penggera Terbang Mungkin Boleh Membantu

Semalam aku pergi membeli-belah di Ace Hardware. Syok tengok barang-barang kat Ace Hardware tu. Macam-macam tool dan gajet ada. Kalu ikutkan hati, semua benda nak beli. :tongue:

Sedang syok tengok barang² dari satu rak ke satu rak, aku terpandang satu barang ni. Flying Alarm Clock atau jam penggera terbang (betul ke aku translate ni).  Flying?? aku tertarik dengan nama jam tu, dan aku pun baca la penerangan tentang jam tu.

jam loceng terbang

“Flying alarm clock, to turn off the alarm you’ll have to get up, find it & return it to the base..”  hehe… cam kelakar lah plak. Maksudnya bila penggera jam berbunyi, kipas yang ada pada jam tu akan terbang entah ke mana. Jadi, nak hentikan bunyi penggera tu, kena cari kipas tu dan letakkan semula kat jam tu. Ini secara tak langsung akan menyebabkan kita terpaksa bangun jugak dari tidur tuk cari kipas tu. Kalu tak penggera tu asyik berbunyi jer.

Memang kreatif betul la pereka jam ni. Harga jam ni pun kreatif gak. Rm89.90. wow!

Tapi bagi aku kan. Idea asal jam terbang ni direka memang bagus. Kita perlu bangun dari katil untuk berhentikan penggera tersebut. Tapi hakikatnya, kalau kita ni jenis susah bangun tidur, pakailah jam terbang ke, jam sembur air ke,  jam meletup kebaboom ke, tak jalan juga. Silap-silap bukan tuan punya jam akan bangun tapi jam tu pun turut terbang kena baling. hihi.. :smile:

p/s : seb baik aku ni bukan jenis susah bangun pagi. percayalah.. :cool:

Dilihat sebanyak : 1783

Video Proton Inspira (Waja Lancer Baru)

Proton Waja Baru

kredit gambar : paultan.org

Semalam semasa tengok Buletin Utama TV3, ada memaparkan berita tentang Proton Waja Baru. Desas desus sebelum ini yang mengatakan Proton akan mengeluarkan model gantian untuk Proton Waja adalah berasas. Sebelum ini banyak blog memaparkan gambar spyshot sebuah kereta yang seakan Mitsubishi Lancer dan dipercayai model tersebut adalah model Proton Waja Baru.

Dalam Buletin Utama tersebut, pihak proton telah memberi kebenaran kepada pihak Buletin Utama untuk merakam Proton Waja baru tersebut. Namun, hanya bahagian-bahagian tertentu seperti lampu depan dan belakang sahaja dipaparkan. Gambaran keseluruhan Proton Waja baru itu masih menjadi kejutan. Continue reading

Dilihat sebanyak : 1134

DustCart – Robot Tong Sampah Yang Bijak

DustCart

Tertarik betul aku dengan DustCart ni. Hanya dengan mendial no khas menggunakan telefon bimbit anda, DustCart akan tergedek-gedek bergerak menuju ke tempat anda berdiri. Dan dengan menekan beberapa menu yang terdapat pada skrin sesentuh di DustCart, satu ruang pada DustCart akan terbuka untuk anda meletakkan sampah di dalamnya. Kemudian DustCart akan terkedek-kedek menuju ke tempat pembuangan sampah yang telah dikhaskan. Hebat! Continue reading

Dilihat sebanyak : 1413