Imbasan 2009 – Pendapatan dari blogging

Entri ini bukanlah untuk menunjuk-nunjuk, malah jauh sekali untuk bermegah². Aku sekadar ingin berkongsi pengalamanku memperoleh pendapatan dari blogging untuk tahun 2009 ini. Mungkin entri ini dapat mengembalikan semangat tahun baru korang untuk berblogging dan seterusnya menjana income dari hobi tersebut. Ye lah kan, skang ni ramai aku tengok dah lesu dari berblogging dan ada antaranya lebih suka main game di facebook. erk! aku dulu pun pernah terjebak jugak.hehe... err… ayat aku ni cam paksa korang tuk blogging plak.hehe… ekceli terpulang pada individu masing², takde sape menghalang di sini.peace

Pendapatan dari blogging aku datang dari 2 sumber, satu dari iklan nuffnang dan satu lagi dari komisyen affiliate. Anda takkan jupe iklan affiliate di blog ini sebab aku taruk iklan tersebut kat blog carca marba jer.

Untuk tahun 2009 ini, inilah pendapatan yang aku dapat dari nuffnang. tentu ramai yang ingin tengok kan, sebab aku pun suka tengok pendapatan nuffnang blogger lain gak. Ntah! rasa cam best jer bila tengok blogger lain dapat duit dari nuffnang, tumpang gembira.

Takdelah banyak sangat kan kalu nak dibandingkan ngan blogger otai dan femes yang lain seperti redmummy.com yang dapat menjana income dari nuffnang mencecah RM7k++ SEBULAN! Aku cuma dapat RM1k++ jer SETAHUN. huhu.. jauh panggang dari api. Tapi Alhamdulillah..daripada tak dapat apa² langsung. Sekurang²nya dapatlah aku beli hadiah tuk Batrisyia, Qariena dan wife aku. Lagipun aku blogging sekadar hobi jer, bukan nak jadi femes emes pun.

Ade satu jer yang unpaid yang aku jangka akan dapat cek awal januari nanti. Yang lain² dah selamat! Thanks Nuffnang teams kerna tidak pernah miss bayar cek kepada aku.kenyit

ini pula earning terbaru yang menyebabkan tangan aku gatal tak sabar² nak klik link cashout tu. Aku jangkakan akan klik link cashout tu pada penghujung bulan ni tuk memastikan cek tersebut sampai pada awal bulan februari 2010 nanti.

hmm… kira masyuk gak nuffnang ni ek.

Sumber pendapatan affiliate. Kalu anda jenguk blog carca marba aku memang banyak banner² iklan affilliate. Pendapatan affiliate ni bukan dijana dari hasil klik-klik. Tidak. Anda hanya akan dapat komisyen bila terdapat jualan di bawah akaun affiliate anda. So, ia bergantung pada rezeki anda, kalu ada rezeki adalah. Namun begitu, anda juga perlu berusaha dan selepas itu tawakkal. Setakat ini, Alhamdulillah… komisen affiliate macam kais bulan ni makan bulan ni, kekadang ade satu jualan kekadang ade dua jualan kekadang takde langsung. Tapi aku tak berharap sangat, kalu ade adalah kalu takde takdelah… tapi aku taruk jugak banner iklan affiliate sebab lebih baik taruk daripada tak taruk, bukannye kena caj atau rugi apa² pun.

Bulan lepas ada banyak skit komisyen aku dapat dari salah satu affiliate yang aku sertai. Duit tu pun admin affiliate tu dah bank-in kan. Alhamdulillah…. rezeki anak². sengihnampakgigi


Tahun 2010 nanti, aku harap akan lebih murah rezeki dari segi pendapatan iklan. Untuk itu, aku kena kekalkan semangat dan kerajinan tuk menten berblogging. So, kepada semua selamat berblogging tuk tahun 2010 nanti dan semoga tahun depan lebih baik dari tahun ni!! peace

Peluang tuk memenangi HP mini 1000 Netbook dengan mudah. Maklumat lanjut baca disini.

Dilihat sebanyak : 804

Kad Raya Yang Ku Terima

Raya tahun ni tak banyak kad raya yang ku terima dari bloggers berbanding tahun lepas. Maybe disebabkan faktor cuaca yang tak menentu serta perkembangan ekonomi negara yang lembap. Aku percaya faktor H1N1 juga turut menyumbang kepada kekurangan kad raya tahun ni dan tidak menolak kemungkinan ketiadaan bonus adalah punca sebenar. hehe..

Apa² pun aku ucapkan timer kasih berbanyak pada yang sudi mengirim kad raya pada aku. Timer kasih pada Masy, Jard, Achik dan Tice Su. Antara kad raya yang paling best adalah dari Tice Su sebab ada duit raya didalamnye. Seb baik posmen tak kebas dulu.hehe…ihikhik



Timer kasih berbanyak yer.. selamat hari raya! peace

-

Dilihat sebanyak : 262

Surat Itu Bukan Kad Raya

Semalam aku terima satu surat seperti di bawah. Tertulis kepada Mr Penyubiru. “hmmm… dari blogger la ni. Kad raya kut…” detik hatiku…

Tapi kenapa surat ni tebal semacam jer. Kad raya ape ni….


Setelah sampul surat itu dikoyak dengan rakusnya….. jeng…jeng..jeng….
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

TADAAA!!!


Bukan kad raya rupanya…tapi frame gambar. Kecik je saiznye. Comel. Ada 4 frame cukup tuk taruk gambar kami empat beranak. Dan siap ada label dah – Mr Penyu, Mrs Penyu, Qariena & Batrisyia.
Sapekah gerangan blogger yang baik hati itu yang telah menghadiahkan frame yang comel+cantik+seni itu.

hehe… dari SuperHana. Hana, terima kasih berbanyak yer. Kami semua suka ngan hadiah tersebut. Nampaknya raya nanti rumah kami tambah berseri dengan kehadiran frame tersebut.hehe.. pepehal mekasih berbanyak yer… buat susah² jer….. orang lain sila jangan jeles ok.hehe

p/s: schedule n3 ni. pepehal follow aku kat twitter yer.

-

Dilihat sebanyak : 402