Kesan Bolasepak Malaysia Menang Emas

Sejak pasukan bolasepak kita Harimau Muda memenangi emas di Sukan SEA 2011 Indonesia yang lalu, isteri aku dah mula ambil tahu pasal perlawananan pasukan bolasepak  Malaysia.

Isteri aku : “Sayang…lepas ni bila pulak Malaysia main bola ?”

Aku : “Besok (Ahad)”

Isteri aku : “Lawan mana ?”

Aku : “Banjir hujan…”

Isteri aku : “Huh??”

Aku : “Banjir hujan…”

Isteri aku : “Huh??”

Aku : “Bahrain…”

Isteri aku : “Ooooo…”

p/s : Salam Maal Hijrah 1433 ! :D

Dilihat sebanyak : 466

Bil Air

Bil Air

Pagi tadi pergi bayar bil air dekat Rumah Kelab (Club House).

Sampai kat Rumah Kelab, aku masuk dalam ofis kat situ. Dalam ofis tu ada 2 orang pekerja. Seorang kerani perempuan dan seorang lagi juruteknik lelaki. Diaorang berdua duduk di meja masing-masing yang bersebelahan antara satu sama lain.

Kerani perempuan : “Ya..encik…” .sambil melirikkan senyuman.

Aku : “Nak bayar bil air” . Masa ni tone suara aku terkuat plak.

Abang juruteknik lelaki tu berpaling tengok aku. Lepas tu senyum-senyum penuh makna.

Dalam hati aku “fikir lain lah tu…” hehe.. :lol:

Jangan Klik : Main game FB deko deko rumah MyRaya Maybank. RM25K menanti. Cekidout!

Dilihat sebanyak : 1049

Slip Disc

slip disc

 

Maaf. Bukan nak cerita pasal apa itu slip disc, bagaimana boleh terkena slip disc, apakah punca slip disc, dan kaitan slip disc dan compact disc. Bukan yer.

Aku cuma nak cerita masa aku terlantar sakit di hospital akibat demam denggi bulan lepas. Aku baru teringat cerita ni, kebetulan kejadian tu berlaku pada hari jumaat.

Masa aku berada di wad tu, adalah 2 orang kawan pejabat aku datang melawat. Wife aku ada sekali kat dalam wad tu menemani aku. Kami berbual lah apa yang patut.

Sembang punya sembang, kawan aku tu cerita pengalaman dia kena slip disc.

Masa kawan aku sebut “slip disc” tu, wife aku dengar bunyinya macam “sifilis”.

Wife aku macam agak terkejut dan berkatalah dalam hati “eh..selambernye dia cerita pasal penyakit sifilis dia..”

Bila dah lama sikit sembang, barulah wife aku jelas bukan sifilis tapi slip disc.

Kira kes silap dengar la ni.

Moral of de story : Jika anda bersembang pasal slip disc, sila sebut dengan betul² dan jelas yer. Nanti lain pulak yang difahamnya. :lol:

p/s : Pada yang tak faham entri WW – China to Taiwan, Read Step 48 tu, cuba buat perkara dibawah ni -:

1 – Open Google Maps (Get Directions).
2 – Type China as your starting point.
3 – Type Taiwan as your destination.
4 – Read step 48.

 (aku dah cuba buat Malaysia to Indonesia, tapi tak boleh plak)

Dilihat sebanyak : 1383