
Pertama sekali, mintak maaf sebab gambar di atas bukan gambar anak aku sedang makan sayur. Itu gambar anak aku, Qariena sedang makan durian bulan lepas. Gambar anak aku sedang makan sayur tiada dalam simpanan, jadi aku fikir gambar makan durian pun boleh memandangkan durian dan sayur mempunyai persamaan iaitu pokok durian dan sayur adalah sejenis tumbuh-tumbuhan, kedua-duanya mempunyai daun berwarna hijau untuk proses fotosintesis.
Kedua sekali, nak mintak maaf jugak sebab dalam entri ini tiada petua untuk ajar anak anda makan sayur atau makan durian. Kalau mereka nak makan mereka akan makan jugak. Kalau dah taknak makan, nak buat camne kan. Takkan nak sumbat dalam mulut dia sampai muntah.
Cuma di sini aku ingin berkongsi tentang satu kajian dari Monell Chemical Senses Center , Philadelphia. Menurut kajian mereka, jika anda mahu anak anda suka makan sayur-sayuran, maka ia perlu diajar ketika anak anda masih dalam kandungan lagi. Maknanya, ketika anda (ibu sahaja) mengandungkan anak anda, anda perlu banyak makan sayur-sayuran. Ini kerana rasa sayur-sayuran yang anda makan itu akan juga turut dikongsi dengan bayi dalam kandungan tersebut.

