Info Proton Preve Dari Showroom, Bulanan Rendah
Hari jumaat lepas, selepas selesai solat jumaat, sempat lah aku dan kekawan opis terjah showroom Proton berdekatan ofis. Saja nak tengok Proton Preve dengan lebih dekat lagi. Nak tahu juga info tambahan dari salesman tentang Proton Preve ni.

Sampai jer, ambil gambar dulu (bukan tangan aku). Pandangan pertama aku bila tengok Proton Preve kat showroom, design memang mantap. Ada iras-iras Honda City dan Naza Forte. Masa tu orang tak ramai, so sempatlah kami belek luar dalam Proton Preve ni dengan sepuas nafsu hati.
Kisah McValue Dinner
Petang itu.
Kami sekeluarga 4 beranak keluar makan pekena McValue Dinner kat McDonalds.
Masing-masing order makanan kesukaan masing-masing. Dah dapat makanan yang diorder, tunggu apa lagi..makan la kan…
Kat McDonalds Damansara Damai ni ada ruang playground tuk kanak-kanak. Selepas dah selesai makan, anak-anak aku pergi lah exercise kan diri bakar kalori dengan bermain di playground tersebut. Aku dan wife masa tu sambung makan lagi. Biasalah.. ibubapa selalu habis makan lambat sebab nak habiskan makanan anak-anak yang tak habis makan.