Iron Baby – Iron Man versi baby

Jejalan baca blog tadi, tertarik dengan entri terbaru dari Ohbulan.com.

iron baby

kredit : ohbulan.com

Seorang bapa,Patrin Boivin telah menghasilkan satu filem pendek Iron Man versi parodi. Cuma watak Iron Man tersebut adalah seorang baby dan digelar Iron Baby. Baby comel tersebut adalah anak Patrin Boivin sendiri iaitu Margaret.

Jika dilihat hasil filem pendek tersebut, memang mengkagumkan. Nampak real sekali. Pandai bapaknya buat filem tersebut. Difahamkan Patrin Boivin ni seorang pembuat filem serta bekas pelukis komik daripada Montreal. Hmm.. patutlah terer… dah memang kerja dia. Tapi apa-apa pun memang syabas aa tuk Patrin Boivin kerana berjaya menghasilkan filem pendek yang menarik sekali dalam masa 2 bulan sahaja. Dan juga baby Margaret dengan aksinya yang comel itu.

Mantap kan filem Iron baby tersebut. Kesan CGI yang digunakan nampak kemas dan hidup menjadikan Iron Baby begitu cute sekali!

Err.. tertiba terfikir nak buat gak filem Iron Baby ni tapi versi baby girl. Agak-agak Qariena boleh berlakon ke? hehe :p Apa-apa pun kena siapkan poster Iron Baby Girl dulu.

Jeng..jeng.. jeng….

Terimalah……

.

.

.

.

.

.

.

Iron Girl!!

Iron baby girl

Iron Girl ! Mengayen di pawagam berdekatan anda jun ini. Jangan lupa saksikannya. :p

update 3.38 pagi : Kosmo baru jer mengeluarkan artikel berkenaan Iron Baby. Rupa-rupanya Margaret tu baby girl. cett! aku ingatkan baby boy. xD

Dilihat sebanyak : 869