Semakan Keputusan Penempatan Pelajar Tahun 1 JPN Selangor

Sebelum ini aku ada bagitau yang anak aku Batrisyia tidak berjaya dalam permohonan untuk memasuki tahun satu di sekolah berdekatan. Walaupun kami dah mendaftarkan Batrisyia di sekolah tersebut pada awal tahun lepas dan dalam senarai tersebut kami berada dalam no 6 terawal.

Tapi malangnya, itu semua tidak memberi kelebihan kepada kami kerana JPN Selangor telah menguatkuasakan penggunaan sistem online. Di mana dengan menggunakan sistem ini, penempatan pelajara dijana secara automatik berdasarkan tempat tinggal pelajar tersebut dengan sekolah. Bermakna, anda daftar awal atau daftar lambat di sekolah tersebut tidak diambil kira. Kesudahannya, Batrisyia ditempatkan di sekolah yang lagi jauh dari sekolah yang dipohon dan juga jauh dari rumah kami, sedangkan ada 2,3 sekolah lagi yang berhampiran sekolah yang dipohon. Alasan mereka, sistem online ni sistem baru dan masih terdapat beberapa kelemahan. daaa….

Kemudian, kami buat rayuan penempatan semula sekolah anak kami. Kami pilih sekolah yang berdekatan di mana sekolah tersebut masih banyak kekosongan pelajar tahun satu. Keputusan rayuan penempatan semula tersebut akan diketahui selepas 15hb Oktober 2010.

Selepas 15hb Oktober 2010, yakni 18hb (16 & 17 sabtu ahad), aku call sekolah berkenaan untuk mengetahui keputusan tersebut. Jawapannya hanya diketahui 31hb oktober. Ok fine. Continue reading

Dilihat sebanyak : 32784