Semalam, aku diterjah oleh seorang pengkomen (ada ke perkataan ni) di blog ini. Pengkomen tersebut adalah blogger yang baru pertama kali membaca blog aku ini. Katanya, dia dapat tahu pasal blog ni dari blog www.unfiltered-madness.com. iaitu blog kapten lucah.

Salam perkenalan saudara Lotfi Lokman!
Kenapa aku bagi title penulis blog www.unfiltered-madness.com tu kapten lucah? sebab setiap entri yang ditulis olehnya mesti tidak banyak atau sedikit mengandungi unsur-unsur keseksualiti yang terkawal dan double meaning. Dan dia menggunakan nama pena “Kapten”. Aku kenal dia sejak dia gunakan nama Kapten Luffy sehinggalah dia mengalami krisis identiti dan menggunakan nama Ah Fatt plak. Sekarang ni kekadang guna nama Ah Fatt, kekadang guna nama Kapten. Mungkin tahap kecelaruan dirinya sudah berada di tahap kritikal kut. hehe..
Aku petik tulisan di blognya yang berbunyi :-
9 yang sesuai dan terbaik untuknya itu adalah;
Yunus Badawi, Penyu Biru dan Izman
Mereka ini aku pilih kerana sesuai untuk usianya dan statusnya yang sudah berumahtangga seperti mereka juga.
Yunus Badawi biasa menulis perihal kehidupan sehariannya bersama keluarga dan juga mengenai perniagaannya. Entrinya yang simple dan mudah difahami dan gaya penulisan yang dia boleh contohi.
Penyu Biru pula biasanya menulis mengenai dua orang anak perempuannya dan penulisannya mempunyai unsur humor tersendiri. Selain mengenai dua anaknya, dia memilih entri yang bermaklumat. Gayanya juga simple dan sederhana sesuai untuk dicontohi.
Izman pula lebih kepada penulisan entri panjang dalam bentuk penceritaan mengenai pengalaman masa lalu dan kehidupannya masa kini. Boleh juga dia contohi jika dia jenis yang suka bercerita.
Thanks kapten sebab promosi blog aku.
Terharu aku. sob..sob..
Jika anda mahu lebih lanjut mengapa blog aku antara 9 blog yang terpilih, anda boleh terjah di blog kapten lucah tersebut. (kapten,aku promot blog ko plak.hehe.. :D)
Psstt!! psstt!! Sampai sekarang aku masih seram sejuk kenapa kapten senaraikan aku dalam 9 blog tersebut. Daripada 9 blogger tu, sorang jer blogger perempuan. Lain macam jer kapten ni. hehehe….